Ibadah III

21. Bersuci itu separuh daripada keimanan. (Muslim) Sabda Rasulullah s.a.w. lagi, maksudnya: Dari Usman bin Affan r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesiapa yang berwuduk lalu memperbagus wuduknya (menyempurnakan sesempurna mungkin) maka keluarlah kesalahan-kesalahannya sehingga keluarnya itu sampai dari bawah kuku-kukunya.(Riwayat Muslim)

22. Berkata Abu Dzarr RA: “Aku telah bertanya kepada Rasulullah SAW, katanya, “Ya Rasulullah, masjid manakah yang pertama dibangunkan di bumi ini ?”. Rasulullah SAW menjawab; “AL-Masjidul Haram.” Aku bertanya lagi; “Setelah itu apa?” Rasulullah SAW menjawab; “Al-Masjidul Aqsa.” “Berapa lama selang antara keduanya?” Rasulullah SAW menjawab; “Empat puluh tahun.” Kemudian beliau bersabda lagi; “Maka di mana sahaja kamu berada di waktu masuk waktu solat, laksanakanlah solat di tempat itu. Itulah masjidnya.”

23. “Allah Ta’ala sangat gembira menerima taubat seseorang kamu melebihi kegembiraan seseorang yang menemukan kembali barangnya yang hilang.” – Sahih Muslim

24. “Sesungguhnya Allah memberi rahmat dan malaikat mendoakan orang yang memakai serban pada hari Jumaat.” – Riwayat Atthabarani

25. Aisyah r.a. menceritakan; “Nabi s.a.w. tidak pernah puasa sunat setiap bulan dalam setahun lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban. Beliau bersabda; Beramallah kamu sesuai dengan kemampuanmu. Sesungguhnya Allah tidak pernah bosan (memberi pahala) sehingga kamu sendiri bosan beramal.” – Sahih Muslim

26. “Siapa yang merendah diri kepada Allah, nanti Allah mengangkat kepada kedudukannya yang tinggi dan mulia.” – Riwayat Abu Nu’aim

27. “Barang siapa mati dalam keadaan dia yakin tiada Tuhan selain Allah maka dia masuk syurga.” – Sahih Muslim

28. Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak akan mati. – Riwayat Attirmidzi dari Ibnu Umar r.a.

29. “Jika sakit seorang hamba hingga 3 hari, maka keluar dari dosa-dosanya sebagaimana keadaannya ketika baru lahir dari kandungan ibunya.” – Riwayat Atthabarani

30. “Allah berfirman: Setiap amal anak Adam adalah untuk anak Adam itu sendiri melainkan puasa. Sesungguhnya puasa itu bagiKu dan aku membalasi puasanya itu.” – Sahih Bukhari

Tinggalkan komentar