Umum IV

31. Dua sifat yang tidak terdapat dalam hati seorang mukmin ialah ; i) kikir ii) budi pekerti yang jahat. – Riwayat Atthirmidzi

32. “Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w.; “Ya Rasulullah, siapakah dari keluargamu yang paling berhak dengan kebaktianku yang terindah?” Jawab beliau,”Ibumu! Kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu kemudian terdekat kepadamu, yang terdekat.” – Sahih Muslim

33. “Pergelangan (pegangan) Islam dan sendi agama itu 3 dan di atasnya tegaknya asas Islam, siapa meninggalkan satu daripadanya maka dia kafir dan halal ditumpahkan darahnya iaitu syahadat, sembahyang fardu dan puasa bulan Ramadhan.” – Riwayat Abu Yala

34. Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain.( Riwayat Bukhari )

35. Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.( Riwayat Tarmizi )

36. Allah Taala berfirman (kepada malaikat pencatat amal): Bila hamba-Ku berniat melakukan perbuatan jelek, maka janganlah kalian catat sebagai amalnya. Jika ia telah mengerjakannya, maka catatlah sebagai satu keburukan. Dan bila hamba-Ku berniat melakukan perbuatan baik, lalu tidak jadi melaksanakannya, maka catatlah sebagai satu kebaikan. Jika ia mengamalkannya, maka catatlah kebaikan itu sepuluh kali lipat

37. Seorang pemuda bertanya,”Ya Muhammad, apa itu Islam?” Rasulullah (s.a.w) pun menjawab,”ISLAM ialah mengucapkan tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad pesuruh Allah, menunaikan solat,membayar zakat,berpuasa sepanjang bulan Ramadhan dan menunaikan hajji ke Baitullah apabila berkemampuan.” Pemuda itupun berkata,”Engkau telah berkata benar.” Kami terperanjat dengan tingkah laku pemuda itu, dia yang menyoal dia juga yang membenarkan. Seterusnya pemuda itu berkata lagi,”Apa itu Iman?” Nabi Muhammad (s.a.w.) menjawab,”IMAN ialah percaya kepada Allah,percaya kepada Malaikat, percaya kepada kitab-kitab,percaya kepada para Nabi dan Rasul, percaya kepada Hari Kiamat dan percaya kepada Qadha dan Qadar (perkara baik dan buruk telah ditentukan oleh Allah).” Pemuda itu pun membalas,”Engkau telah berkata benar.” Dia berkata lagi,”Apa itu Ihsan?” Rasulullah (s.a.w) menjawab,”Ihsan ialah kamu menyembah Allah seperti kamu dapat melihatNya,walaupun kamu tidak dapat melihatNya,sesungguhnya DIA dapat melihat kamu.” Pemuda tadi berkata lagi,”Bilakah Hari Kiamat?” Rasulullah (s.a.w) berkata,”Yang ditanya tidak lebih tahu daripada yang bertanya.” Dia terus bertanya lagi,”Apakah tanda-tanda kedatangannya?” Rasulullah (s.a.w)menjawab,”Apabila seorang hamba perempuan melahirkan anak yang akan menjadi Tuan kepadanya dan apabila yang dahulunya pengembala kambing yang berkaki ayam dan telanjang serta tidak terurus,mula membina bangunan pencakar langit dengan penuh kesombongan.” Setelah itu pemuda itu pun terus pergi.Aku tunggu sebentar dan Rasulullah (s.a.w.) pun bertanya ,”Ya Umar tahukah kamu siapa yang telah datang tadi?” Aku menjawab,”Allah dan RasulNya jua lebih mengetahui.” Baginda berkata,”Itulah Jibril.Dia datang untuk mengajar kamu tentang agama kamu.” (Hadith riwayat Muslim)

38. Orang yang kuat itu bukanlah yang pandai bergulat, tetapi yang dapat menguasai diri di kala ia marah” (HR. Imam Ahmad dan Ibnu Hibban)

39. Malu itu mengandung kebaikan buat keseluruhannya” -Hadis Riwayat Muslim

40. Manusia itu laksana barang tambang emas dan perak, mereka yang terbaik di masa Islam, apabila memiliki kefahaman agama – Hadis riwayat Abu Hurairah

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: