Ibadah II

11. Bertakwalah kepada ALLAH dimana saja engkau berada, dan ikutilah perbuatan kejahatan itu dengan kebaikan supaya terhapus kejahatan, dan bergaullah dengan sesama manusia dengan budi yang baik – (HR. At-Tirmizy).

12. “Mahukah kamu sekalian saya beritahu sebaik-baik amal perbuatanmu, dan perbuatanmu yang paling suci di sisi Tuhanmu, amal perbuatan yang paling tinggi untuk memperoleh darjatmu, dan yg paling bagus di dlm mendermakan emas dan perak, serta sesuatu yg paling bagus daripada kamu sekelian berjumpa musuhmu kemudian mereka kamu pukul lehernya atau kamu yg dipukul lehermu? Iaitu zikir/ingat kepada Allah ta’ala”.

13. ‘Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sehinggalah mereka mengaku tiada tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasulullah, dan mendirikan sembahyang, memberi zakat, maka jika mereka melakukan semua itu akan terselamatlah darah dan harata benda mereka dariku, kecuali yang mana ada hak Islam padanya dan perkiraan mereka terserahlah kepada Allah Ta’ala. ‘

14. “Manakah amalan yang paling dicintai Allah? Baginda menjawab: “Solat tepat pada waktunya.” Dia (Abdullah) bertanya lagi: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: “Berbuat baik kepada kedua orang tua.” Dia bertanya lagi: “Kemudian apa?” Baginda menjawab: “Jihad di jalan Allah.”

15. “Pada suatu hari Rasulullah SAW meringankan bacaan solat subuh (Dalam hadis yang lain: Beliau membaca dua surat yang paling pendek) Kemudian beliau ditanya: “Kenapa anda meringankan bacaan? Beliau menjawab : “Aku mendengar tangisan anak kecil, maka aku mengira ibunya sedang sholat bersama kita, sehingga aku bermaksud ibunya segera mengurusi anak tersebut” (HR. Ahmad)

16. Pada akhir zaman, umatku berpecah menjadi tiga golongan. Satu golongan menyembah Allah dengan ikhlas. Satu golongan menyembah Allah dengan riak, dan satu golongan beribadat kepada Allah dengan tujuan mencari makan dari manusia. Manakala Allah mengumpulkan mereka di hari kiamat, Allah bertanya kepada orang yang hanya mencari makan, “ Apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?” Maka dia menjawab. “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu aku beribadat dengan tujuan mencari makan dari manusia.” Allah berfirman, “Tiada memberi manfaat apa yang telah kumpulkan.” Dia lalu dibawa ke neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat kerana riak. “Dengan kemulian dan ketinggianKu, apakah tujuanmu beribadat kepadaKu?” Dia menjawab, “Dengan kemulian dan ketinggianMu, aku beribadat kerana riak.” Allah berfirman, “Tiada satupun yang sampai kepadaku.” Maka orang itu dicampakkan ke dalam neraka. Kemudian Allah bertanya kepada orang yang beribadat dengan ikhlas. Dia menjawab, “Dengan kemuliaan dan ketinggianMu, Engkau lebih tahu apa yang aku kehendaki. Aku menghendaki zikir kepadaMu dan mengharap redhaMu.” Allah berfirman, “Benar hambaku.” Dia pun dihantar ke syurga.(HR. Thabrani)

17. Sholat salah seorang di antara kalian tidak akan diterima apabila ia berhadas hingga ia berwuduk

18. Barangsiapa bersembahyang Jemaah di waktu Isya’ maka seolah-olah dia berdiri bersembahyang setengah dari malam & barangsiapa solat subuh berjemaah maka seolah-olah dia bersembahyang sepanjang malam.(Riwayat Muslim)

19. Dari Abu Ayub al-Ansari r.a : Katanya : Seorang lelaki kampung yang dalam keadaan musafir telah mengadap Rasulullah s.a.w, lalu dia memegang tali unta baginda. Kemudian lelaki tersebut berkata: Wahai Muhammad! Ceritakanlah kepadaku perkara yang boleh mendekatkanku kepada Syurga dan menjauhkanku dari Neraka. Rasulullah s.a.w tidak segera menjawab, sebaliknya baginda memandang ke arah para Sahabat sambil bersabda: Sesungguhnya dia adalah orang yang telah mendapat petunjuk. Kemudian baginda bertanya kepada lelaki tersebut: Apakah perkara yang engkau tanyakan tadi? Lelaki tersebut mengulangi pertanyaannya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau hendaklah mengabdikan diri kepada Allah, jangan menyekutukannya dengan sesuatu, dirikanlah sembahyang, keluarkanlah zakat dan pulihkanlah hubungan kekeluargaan. Sekarang lepaskanlah unta ini. (Riwayat Bukhari Muslim )

20. Tiada suatu kaum pun duduk-duduk sambil berzikir kepada Allah melainkan dikelilingi oleh para malaikat dan ditutupi oleh rahmat serta turunlah kepada mereka itu ketenangan di dalam hati mereka dan Allah mengingatkan mereka kepada makhluk-makhluk yang ada di sisinya yakni disebutkan-sebutkan hal ehwal mereka itu di kalangan para Malaikat. (Riwayat Muslim)

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: