Anjuran IV

31. “Barangsiapa yang menyaksikan (berada di tempat) jenazah hingga ia (ikut) menshalatkannya, maka dia memperoleh pahala satu qirath. Adapun barangsiapa yang menyaksikan (berada di tempat) jenazah hingga dikubur, maka dia memperoleh pahala dua qirath. Ditanyakan pada beliau shalallahu ‘alaihi wa sallam apakah dua qirath itu? Beliau menjawab: “seperti dua gunung besar.” (Hadist riwayat Bukhari dan Muslim).

32. “Maha Suci Engkau ya Allah, dan saya mengucapkan puji-pujian pada-Mu. Saya menyaksikan bahawasanya tiada Tuhan melainkan Engkau saya mohon ampun serta bertaubat pada-Mu.” Kemudian ada seorang lelaki berkata. “Ya Rasulullah! Sesungguhnya tuan mengucapkan sesuatu ucapan yang tidak pernah tuan ucapkan sebelum ini.” Baginda bersabda: “Yang demikian itu adalah sebagai kafarah (penebus) daripada apa saja yakni kekurangan-kekurangan atau kesalahan-kesalahan yang ada di dalam majlis itu.” (Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud juga diriwayatkan oleh imam Hakim iaitu Abu Abdillah dalam kitab Al-Mustadrak dari riwayat Aisyah radiallahu anha dan ia mengatakan bahawa hadis ini adalah sahih isnadnya.)

33. Sesungguhnya seorang kamu pergi menunaikan sesuatu keperluan saudaranya lebih baik baginya daripada beriktikaf di masjid aku selama sebulan. Dan sabdanya lagi, maksudnya: Sesiapa yang telah memasukkan kegembiraan iaitu menghilangkan kesusahan dan kesukaran kepada keluarga muslim, maka Tuhan tidak melihat balasan kepada selain syurga.

34. “Barang siapa ingin menjadi terkuat, hendaklah bertawakkal kepada Allah.Barang siapa ingin dirinya menjadi orang yang paling mulia, hendaklah bertawakkal kepada Allah.Barang siapa ingin dirinya menjadi orang yang paling kaya, hendaklah lebih mempercayai kekuasan Allah daripada kekuasaan dirinya.”

35. Barangsiapa yang berperang untuk menegakkan kalimat (agama) Allah s.w.t. maka itu Fisabilillah” (Riwayat Bukhari, Muslim &Abu Daud dari Abu musa al-Asyari r.a)

36. Sesungguhnya dari sedekah dan silaturrahim itu Allah s.w.t. akan menambah dengan keduanya itu lanjut umur dan menolak dengan keduanya kematian yang tidak baik dan dihindarkan dengan keduanya semua yang tidak disukai dan dikhuatirkan” (riwayat Abu Ya’la dari Anas r.a.)

37. “Melihatlah kepada orang yang lebih rendah darimu dan jangan melihat orang yang lebih tinggi. Itulah tembok kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu.” – Sahih Muslim

38. “Siapa yang mengunjungi orang sakit, maka dia sentiasa berada dalam sebuah taman syurga penuh dengan buah-buahan yang daripada dipetik sampai dia kembali.” – Riwayat Tirmidzi

39. “Pakailah pakaian antara pakaianmu yang putih; kerana sesungguhnya pakaian putih itu lebih suci dan lebih baik dan kapanilah orang-orang mati dengan kain putih.” – Riwayat Ahmad

40. “Sesungguhnya Allah Taala sangat suka kepada hambaNya yang mengucapkan tahmid sesudah makan dan minum.” – Sahih Muslim

Tinggalkan komentar