Koleksi I

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat. “Khalifah Abdul Malik bin Marwan”

Semua perangai tercela ditempatkan dalam sebuah rumah, dan kunci rumah itu adalah ketidak jujuran. “Imam Hasan Al-Askari”

Islam memiliki dinding dan pintu yang kuat. Dinding Islam ialah kebenaran dan pintunya ialah keadilan. Islam akan tetap jaya, selama penguasa-penguasa bersikap keras dan tegas, tetapi itu dilakukan tidak bererti mesti dengan pedang dan cemeti, melainkan dengan hak dan keadilan. “Said bin Suwaid”

Tidak ada kebaikan bagi pembicaraan kecuali dengan amalan; Tidak ada kebaikan bagi harta kecuali dengan kedermawanan; Tidak ada kebaikan bagi sahabat kecuali dengan kesetiaan; Tidak ada kebaikan bagi sedekah kecuali niyt yang ikhlas; Tidak ada kebaikan bagi kehidupan kecuali kesihatan dan keamanan. “Al-Ahnaf bin Qais”

Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari siksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :
1. Hendaklah ia menjaga solatnya;
2. Hendaklah dia bersedekah;
3. Hendaklah dia membaca al-Quran;
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :
1. Jangan berdusta;
2. Jangan mengkhianat;
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini);
4. Jangan kencing sambil berdiri

Hatim Azzahid berkata, 4 perkara yang tidak diketahui kadarnya melainkan oleh 4 perkara :
1) Muda tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang tua;
2) Kesejahteraan (kedamaian) tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang terkena bala;
3) Kesihatan tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang sakit; 4) Hidup tidak diketahui kadarnya melainkan oleh orang yang telah mati

Kamu menutup pintumu dan menurunkan tabirmu dan berasa malu kepada manusia tetapi tidak malu kepada Al-Quran yang ada di dadamu dan tidak malu kepada Allah yang Maha Besar yang tidak ada sesuatu yang dapat bersembunyi dariNya. “Al Fudhail bin Iyaadh”

Orang yang tidur mesti dikejutkan, orang yang lupa mesti diperingatkan. Sesiapa yang tidak pernah mendapat nasihat dan peringatan maka dia sebenarnya telah mati. Peringatan itu begitu bermanfaat buat sesiapa yang menerima dengan hati yang mempunyai ciri-ciri ” Dan tidak diberi peringatan melainkan sesiapa yang segera bertaubat. “Imam Abdullah bin Alwi al-Haddad al-Husaini”

Siapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui maka akan diberi taufiq untuk mencapai apa yang belum diketahui. “Al-Auzaa’i”
Siapa yang mendamaikan dua orang yang sedang bersengketa Allah akan memberinya pahala untuk tiap kalimat yang diucapkannya sama dengan memerdekakan budak. “Anas r.a”

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya. “Imam Al-Ghazali”

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: