Anjuran II

11. Apabila salah seorang di antara kamu makan, hendaklah dia makan dengan menggunakan tangan kanannya dan apabila dia minum hendaklah dia minum dengan menggunakan tangan kanannya kerana sesungguhnya syaitan itu, dia makan dengan menggunakan tangan kirinya dan minum juga dengan menggunakan tangan kirinya.” (Hadis riwayat Imam Muslim).

12. Sesiapa yang menangguhkan hutang orang yang belum dapat membayarnya atau membebaskannya, pada hari kiamat kelak Allah s.w.t. akan menaunginya di bawah naungan Arasy, di mana pada hari tersebut tidak ada naungan kecuali naunganNya.-Hadis riwayat Al-Tirmizi

13. Sedekah itu bermula dengan dirimu, kemudian keluargamu. Jika berlebihan maka untuk kerabatmu dan seterusnya. ( Sahih. R.Nasaai )

14. Orang Mukmin sesama orang Mukmin bagaikan sebuah rumah. Satu sama lain hendaklah saling menguatkan.” -Hadis Riwayat Muslim

15. Allah tidak menurunkan sesuatu penyakit, kecuali telah menjadikan ubatnya – Riwayat Bukhari dan Muslim.

16. “Ya Rasulullah amalan apakah di dalam Islam yang baik”. Seraya Rasulullah saw menjawab: “Memberi makan (orang yang lapar) dan memberi salam kepada orang yang kalian kenal maupun tidak kalian kenal” (HR Bukhari).

17. Jauhilah tujuh perkara yang boleh membinasakan kamu iaitu menyebabkan kamu masuk Neraka atau dilaknati oleh Allah. Para Sahabat bertanya: Wahai Rasulullah! Apakah tujuh perkara itu ? Rasulullah bersabda: Mensyirikkan Allah iaitu menyekutukanNya, melakukan perbuatan sihir, membunuh manusia yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan hak, memakan harta anak yatim, memakan harta riba, lari dari medan pertempuran dan memfitnah perempuan-perempuan yang baik iaitu yang boleh dikahwini serta menjaga maruah dirinya, juga perempuan yang tidak memikirkan untuk melakukan perbuatan jahat serta perempuan yang beriman dengan Allah dan RasulNya dengan fitnah melakukan perbuatan zina -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

18. Orang mukmim yang sempurna imamnya adalah yang terbaik budi pekertinya dan Sesiapa saja yang melihat kemungkaran hendaklah ia bertindak mengubahnya denga lisannya (kata-kata) dan jika masih tidak berdaya, hendaklah ia mengubahnya dengan hatinya, dan itu merupakan iman yang paling lemah. ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim )

19. Lemah lembut kepada keluarganya dan sebaik baik kawan, ialah yang baik kepada isterinya -Riwayat Al-Termizi

20. Sampaikanlah apa-apa yang datang dariku walaupun satu ayat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: