Tentang Puasa

1. “Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya:
a. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.
b. Para malaikat selalu meminta keampunan untuk mereka hingga mereka berbuka.
c. Setiap hari Allah menghias syurga Nya sambil berkata, ‘Hamba-hamba Ku yang saleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.
d. Pada bulan ini diikatlah syaitan-syaitan yang derhaka sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
e. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?’ Beliau menjawab, ‘Tidak, kerana orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.’ (HR Ahmad)

2. “Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.” – Riwayat Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi

3. “Bersahurlah. Sesungguhnya sahur itu berkat.” – Riwayat Al Bukhari & Muslim

4. “Apabila Ramadhan telah datang maka dibukakan pintu rahmat, dikunci Neraka Jahanam dan dibelenggu semua syaitan.” – Sahih Muslim

5. “Orang yang segera berbuka puasanya sentiasa dalam kebaikkan.” – Riwayat Bukhari & Muslim

6. “Lima macam yang membatalkan puasa dan membatalkan wuduk: dusta, mengumpat dan bermuka-muka dan melihat yang bukan muhrim dengan syahwat dan sumpah palsu.” – Riwayat Al-Azdi & Addailami

7. “Makan sahur itu berkat, kerana itu jangan kamu tinggalkan walau seteguk air kerana Allah merahmati orang-orang yang sahur dan malaikat mendoakan orang yang sahur.” – Riwayat Ahmad

8. “Ya Rasulullah! Ibu saya telah meninggal dunia dan dia ketinggalan puasanya satu bulan. Bolehkah aku puasa untuk membayar puasa itu?” Jawab Nabi s.a.w.; “Ya boleh! Hutang kepada Allah lebih berhak untuk di bayar.” – Sahih Bukhari

9. Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.” (Hadis riwayat Imam Tirmizi).

10. “Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipatgandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.” – Riwayat Al Baihaqi

11. “Sesungguhnya Allah telah memberikan kepada umatNya Lailatulqadar dan tidak diberikan kepada umat yang sebelum mereka.” – Riwayat Addailamani dari Anas r.a.

12. “Apabila salah seorang kamu lupa bahawa dia berpuasa, lalu ia makan atau pun minum maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah.” – Sahih Bukhari & Muslim

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: