Pernikahan I

1. Apabila suami mengajak isterinya ke tempat tidur lalu dia enggan, maka tidurlah suami itu dalam keadaan marah kepadanya. Akibatnya malaikat turut marah kepadanya sehingga Subuh. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

2. Pilihlah tempat menyimpan air mani yang baik (isteri solehah) dan kahwinilah wanita yang sepadan. (Riwayat Ibnu Majah dan al-Hakim).

3. Kawinilah perempuan yang keturunan anak ramai, sesungguhnya aku berbangga dengan kamu kerana ramainya ummah. (Riwayat Abu Daud dan Nasa’i).

4. “Dinikahi perempuan itu kerana 4 perkara: Pertama, kerana hartanya. Kedua, kerana keturunannya. Ketiga, kerana kecantikannya. Keempat, kerana agamanya. Maka yang lebih utama adalah perempuan yang beragama, pasti engkau akan beruntung.”(HR. Bukhari Muslim)

5. “Tiada seorang Muslim yang kematian tiga anaknya sebelum mereka mencapai umur baligh, melainkan Allah pasti memasukannya kedalam syurga kerana kasih sayangnya kepada mereka” -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

6. Bahwa perkawinan adalah sunnahku, siapa yang benci sunnahku, maka dia bukan dari golonganku.

7. Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah s.w.t, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah s.w.t tanpa dia membawa dosa sedikitpun. -Hadis riwayat Imam Tirmizi.

8. Jika seseorang diantara kamu hendak bersatu dengan isterinya, maka bacalah: ‘Bismillah’ ‘Ya Allah, jauhkanlah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari (anak) yang akan engkau kurniakan kepada kami.’ Kemudian jika berbuah dari mereka ini seorang anak, maka syaitan tidak akan merugikannya selama-lamanya -Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

9. Rasulullah SAW bersabda:”Sesungguhnya seorang isteri belum dapat dikatakan telah menunaikan kewajibannnya terhadap Allah sehingga ia menunaikan kewajibannya terhadap suaminya seluruhnya. Dan jika suaminya memerlukannnya, sedangkan pada waktu itu dia sedang berada di atas kenderaaan, maka tidak boleh dia menolaknya.”(HR. Thabrani)

10. Sesungguhnya apabila seorang suami memandang isterinya, dan isterinya membalas pandangan tersebut dengan penuh kasih dan cinta, maka Allah memandang mereka dengan pandangan kasih mesra, dan jika si suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran di celah-celah jari tangan mereka.”-Hadis Riwayat Maisyarah

Iklan

1 Komentar (+add yours?)

  1. diana Tabitha fitriana
    Nov 02, 2011 @ 08:46:08

    Berguna sekali nih artikel .. Spt ni yg qt mau Dr asy-syafi’iyah…

    Balas

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: