Kiamat I

1. “Apabila salah seorang kamu lupa bahawa dia berpuasa, lalu ia makan atau pun minum maka hendaklah ia menyempurnakan puasanya kerana sesungguhnya ia telah diberi makan dan minum oleh Allah.” – Sahih Bukhari & Muslim

2. Jibril a.s., bertanya kepada Rasulullah saw. perihal tibanya hari kiamat, lalu beliau menjawab, “Tidaklah yang ditanya lebih mengetahui daripada yang bertanya.” Penanya berkata lagi, “Beritahukanlah pada saya tanda-tandanya.” Beliau menjawab, “Apabila sahaya wanita melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang lagi miskin dan penggembala kambing bermegah-megahan dalam gedung besar.” (H.R. Bukhari dan Muslim dari Umar r.a.)

3. Jarak antara kiamat dan kebangkitanku, seperti antara jari telunjuk dan jari hantu. Maksudnya dekat dan tidak dipisahkan dengan kebangkitan mana-mana nabi lagi. (Hadis riwayat Bukhari )

4. Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”. -Hadis riwayat Al-Termizi

5. “Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga melimpah ruah harta benda dan timbul fitnah (ujian kepada keimanan) dan banyak berlaku ‘al-Harj'”. Sahabat bertanya, “Apakah al-Hajr itu hai Rasulallah”? Nabi saw. menjawab, “Peperangan demi peperangan demi peperangan”. -Hadis riwayat Ibnu Majah

6. “Sesungguhnya tanda pertama yang keluar (yang menunjukkan sangat dekatnya waktu hari kiamat) ialah terbitnya matahari dari arah barat dan keluarnya sejenis binatang di hadapan orang banyak di siang hari. Bila di antara kedua tanda ini sudah keluar lebih dulu, yang lain akan menyusul dalam waktu yang dekat sekali sesudah terjadinya yang pertama.” (H.R. Muslim dan Abu Daud).

7. “Tidak akan tiba hari kiamat sebelum matahari keluar dari arah barat. Jika matahari telah terbit, maka seluruh manusia beriman. Beriman di saat tidak ada gunanya bagi diri mereka yang tadinya belum pernah beriman, juga bagi mereka yang tadinya belum pernah berbuat baik selama dia beriman.” (H.R. Bukhari, Muslim dan Abu Daud).

8. “Sungguh belum akan tiba hari kiamat sebelum kamu semua (kaum muslimin) memerangi kaum Yahudi, sampai-sampai batu yang di belakangnya ada orang Yahudi bersembunyi berkata, ‘Hai orang Islam! Ini ada orang Yahudi bunuhlah ia!’.” (H.R. Bukhari dan Muslim).

9. Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini mereka itu akan Aku beri naungan pada hari ini tiada naungan melainkan naungan-Ku sendiri.” (Riwayat Muslim)

10. “Adakah kamu tahu siapakah orang papa(muflis) pada Hari Kiamat?” Jawab sahabat RA, “Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya.” Baginda bersabda lagi: “Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim)

11. “Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat.” Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis.” (Pengisytiharan baitulmuqaddis sebagai hak Israel)–Hadis riwayat Bukhari

12. “Adakah kamu tahu siapakah orang papa(muflis) pada Hari Kiamat?” Jawab sahabat RA, “Orang papa yang kami tahu ialah orang yang habis wang dan harta bendanya.” Baginda bersabda lagi: “Sesungguhnya orang yang papa pada hari itu ialah orang yang mengerjakan sembahyang, puasa dan berzakat, di samping itu mereka suka mencaci atau memaki hamun, menuduh dengan sewenang-wenang, memakan harta orang lain, membunuh manusia dengan kejam dan memukul orang yang tidak bersalah. Segala amal kebajikannya yang dikerjakannya akan digunakan bagi menampung kesalahan dan kejahatan yang dilakukannya. Sekiranya kebajikannya tidak cukup, maka baki kesalahannya akan dicampur dengan kesalahan orang yang dianiaya lalu dibebankan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.” (Riwayat Muslim)

Tinggalkan komentar