-=|[ JENIS LAKI-LAKI YANG DI TARIK PEREMPUAN KE NERAKA ]|=-

(penting buat cowok )

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan
ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu
adalah mereka yang tidak memberikan hak
kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak
mempedulikan anak-anak perempuannya di
dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan
agama seperti mengajar sholat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia
saja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya. (p/s; Duhai lelaki yg bergelar ayah,
bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersholat
… ..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah
untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,
memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun
seorang yang alim dimana sholatnya tidak pernah
bertangguh, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.
(p/s; Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia?
Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah
hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.)

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-
abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya saja dan adiknya dibiarkan melencong dari ajaran Islam,
tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan
jangan ingat kau terlepas…
kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat
kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dengan maksiat… dan tidak menutup aurat.)

4. Anak-anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang
ibu perihal kelakuan yang haram di sisi Islam.
bila ibu membuat kemungkaran mengumpat,
memfitnah, mengata-ngatai dan sebagainya…
maka anak itu akan disoal dan
dipertanggungjawabkan di akhirat kelak….dan
nantikan tarikan ibunya ke neraka.
(p/s; Duhai anak2 lelaki….sayangilah ibumu….
nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. karena ibu juga insan biasa… sekali lepas dari
melakukan dosa…
selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’
neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi
penemannya.)
…………………………………………..

Lihatlah…..betapa hebatnya tarikan wanita bukan saja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar
ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman Allah S.W.T;
“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya
ialah manusia, jin dan batu-batu….

( Semoga Bermanfaat )

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: